Sunday, November 16, 2008

AZHAR CEO DAH KENA TANGKAP

Assalamualaikum,,

Hari Jumaat lepas aku menerima SMS dari seorang mangsa Penipuan Babi Tua ni mengatakan bahawa Azhar ni dah kena tangkap dan sekarang ni berada di Penjara Sungai Buluh. Berita ni disahkan oleh dua (2) lagi mangsa yang lain dengan menghubungi Pegawai polis yang terlibat.

Buat masa ni aku belum lagi mendapat maklumat penuh berhubung perkara ni. Aku akan dapatkan nanti. Nak juga tahu kat mana Mamat ni kena cekup, bila dan lain-lain lagi info.

Lega bila dapat tahu Penipu Tua ni kena tangkap sebab dalam tempoh tahanan ni takder la yang kena tipu lagi. Aku harap kali ni dia akan kekal dalam tu sampai mampos. Aku juga berharap konco-konco Azhar yang lain akan ikut jejak langkah dia (meringkuk dalam penjara).

Aku sambung nanti...
salam,