Monday, November 12, 2007

AL KISAH

Assalamualaikum,....

Maaflah sebab tak dapat nak update petang semalam, aku sibuk sangat. So pagi ni aku tulislah sikit sebelum gi kerja. Al tersebutlah kisah,...

Adik ipar aku bagi tau kat aku.., Ada seorang brother ('PENIPU BESAR') memerlukan bantuan kewangan untuk menyelesaikan masalah kewangan dia. Aku masih tak puas hati dengan penjelasan adik ipar aku ni. Aku pun soal lebih lanjut. So diapun cerita...

Ada seorang PAK SHEIKH dari DUBAI datang Ke Malaysia dengan membawa USD 21 JUTA untuk melabur di Malaysia. Katanya PAK SHEIKH ni tak suka orang politik masuk campur atau tahu akan hal ni. Kalau diorang tau paham-paham ler.....So si 'PENIPU BESAR' ni pulak di pilih oleh PAK SHEIKH ni untuk menjadi partner di Malaysia untuk menguruskan satu projek pembinaan KEM MOTIVASI di JANDA BAIK. Jadi sebagai partner si 'PENIPU BESAR' ni perlulah mengeluarkan sedikit modal untuk membayar yuran lawyer dan security. Kononnya si 'PENIPU BESAR' ni dah berhabis duit untuk tujuan ni..kononnyala...

Bila dah takder budjet si 'PENIPU BESAR' ni yang kebetulan bos adik ipar akupun offer kat adik ipar aku untuk join dan si 'PENIPU BESAR' ni menjanjikan pulangan yang lumayan jika adik ipar aku ni tolong dia. Siap si 'PENIPU BESAR' ni bagitau saudara Dato' Dr Fadzilah Kamsah pun terlibat dengan menda ni....

so nilah serba sedikit cerita pasal pembohongan si 'PENIPU BESAR' ni kepada adik ipar aku. Aku harap korang paham kot apa yang aku tulis ni...

So malam ni kalau korang nak tengok muka si 'PENIPU BESAR' ni silalah layari blog ni. ok aku akan masukkan gambar dia dan sekor lagi partner penipu dia bernama Shahril..

Sunday, November 11, 2007

TERJEBAK

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak ceritakan camna aku leh terjebak dalam jerat 'PENIPU BESAR' ni. Tapi sebelum tu aku nak minta maaf sebab tak update blog ni last week, sebab aku sibuk dengan tugas lain. Oklah, camni ceritanya.

Pada pertengahan bulan Julai 2007, adik Ipar aku call minta tolong nak pinjam duit, katanya perlu sangat-sangat. Aku pulak pada masa ni memang tengah sengkek duit. Jadi aku tanyalah adik ipar aku ni nak buat apa dengan duit ni, dia jawab penting sangat nak pakai duit kebetulan dia ni baru jer dapat kerja gaji belum dapat. Aku mati-mati ingat dia tak cukup duit sebab tak de gaji lagi. Aku kasi lah RM200.00.

Pada esok hari dia call aku lagi minta pinjam RM 1000.00, terkejut gak aku. Kali ni dia janji akan bayar dalam masa 24 jam. Oleh kerana kesian aku kasi dia RM 1100.00. Lepas tu, esok harinya lagi sekali dia minta nak pinjam RM 1000.00. Tapi kali ni aku membebel, gila ingat aku ni tempat cop duit ke apa. Aku tanya nak buat apa duit ni. Pada mulanya dia agak keberatan nak beritahu so aku kata kalau taknak cerita aku takkan bagi. Jadi dia pun ceritalah semuanya. So dari sinilah aku terjebak. Kalau korang nak tau apa ceritanya petang nanti aku update. Tunggu...