Thursday, November 8, 2007

BENGANG!!!

Salam,

Hari ni aku dan ahli keluargaku duduk dan berbincang apa yang kami akan lakukan jika terserempak 'PENIPU BESAR' ni di mana-mana. Kalau diikutkan hati mahu saja aku belasah semahunya. Tetapi aku masih punya akal dan iman..Aku cuma mahukan hak aku saja...

Esok atau minggu depan aku akan ceritakan macamana segala-galanya bermula. Aku dah sakit kepala nak teruskan tulisan aku malam ni..Aku akan masukkan gambar sekali.

Tuesday, November 6, 2007

KOSMO

Assalamualaikum,

Kalau korang baca paper KOSMO pada hari Isnin, 10 September 2007 bertajuk 'Jerat Blog’.. korang mesti tertanya-tanya macamana 'PENIPU BESAR' ni berlakon sehingga orang sanggup memberikan apa saja yang 'PENIPU BESAR' ni minta.

Dalam KOSMO, aku berani sahkan bahawa cerita tu 100% benar kerana aku dan keluarga aku juga di tipunya dengan cara yang sama. Cuma maklumat ni tak di hebahkan kepada umum. Atas rasa tanggungjawab sebagai orang ISLAM, dan aku taknak orang lain jadi mangsa, aku rasa aku patut hebahkan kepada umum.

Kepada pihak KOSMO, Sila hubungi aku di email address azharceopenipu@yahoo.com kalau nakkan maklumat penuh pasal 'PENIPU BESAR' ni.

SIAPA AKU??

Assalamualaikum,

Kepada semua pembaca yang budiman. Terima Kasih kerana sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ni. Biar aku perkenalkan diri aku sebagai ITO. Aku buat blog ni bukan bertujuan untuk memburukkan nama sesiapa. Tetapi aku dah tak tahan dengan apa yang telah terjadi ke atas diri aku dan keluarga aku. Sehingga keluarga aku pula terpaksa menanggung hutang yang tak mampu kami sekeluarga nak jelaskan. Jadi aku mengambil keputusan untuk melancarkan satu blog pasal 'PENIPU BESAR' ni.

Aku cuma berharap kepada pembaca semua dapat mengwar-warkan blog add (http://azharceopenipu.blogspot.com/) ni kepada sesiapa sahaja di dalam dunia ni supaya semua tahu dan tidak terpedaya dengan 'PENIPU BESAR' ni.

Orang yang bergelar Azhar CEO ni sebenarnya seorang PENIPU BESAR. Aku akan gunakan NICK ' PENIPU BESAR' sebagai merujuk kepada mamat ni di dalam semua post aku.