Sunday, November 11, 2007

TERJEBAK

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak ceritakan camna aku leh terjebak dalam jerat 'PENIPU BESAR' ni. Tapi sebelum tu aku nak minta maaf sebab tak update blog ni last week, sebab aku sibuk dengan tugas lain. Oklah, camni ceritanya.

Pada pertengahan bulan Julai 2007, adik Ipar aku call minta tolong nak pinjam duit, katanya perlu sangat-sangat. Aku pulak pada masa ni memang tengah sengkek duit. Jadi aku tanyalah adik ipar aku ni nak buat apa dengan duit ni, dia jawab penting sangat nak pakai duit kebetulan dia ni baru jer dapat kerja gaji belum dapat. Aku mati-mati ingat dia tak cukup duit sebab tak de gaji lagi. Aku kasi lah RM200.00.

Pada esok hari dia call aku lagi minta pinjam RM 1000.00, terkejut gak aku. Kali ni dia janji akan bayar dalam masa 24 jam. Oleh kerana kesian aku kasi dia RM 1100.00. Lepas tu, esok harinya lagi sekali dia minta nak pinjam RM 1000.00. Tapi kali ni aku membebel, gila ingat aku ni tempat cop duit ke apa. Aku tanya nak buat apa duit ni. Pada mulanya dia agak keberatan nak beritahu so aku kata kalau taknak cerita aku takkan bagi. Jadi dia pun ceritalah semuanya. So dari sinilah aku terjebak. Kalau korang nak tau apa ceritanya petang nanti aku update. Tunggu...

No comments: